Nasrudin terajui Yadim, Mohd Redza Shah pula Pengerusi YaPEIM

SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan dilantik sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang baharu. Beliau menggantikan Nik Omar Nik Abdul Aziz yang melepaskan jawatan itu berkuat kuasa semalam. Sementara itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid pula dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Pembangunan […]

Ziarah Rahmah PPR Kota Bharu

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan terus prihatin dengan nasib pelbagai golongan yang memerlukan di negeri ini. Pada 27 Februari, mereka telah menyantuni seramai 10 keluarga yang memerlukan di Projek Perumahan (PPR) Rakyat Kota Bharu di sini. Diketuai oleh Yang Dipertua YADIM sendiri, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, kesemua […]

YDP YADIM di Forum Perdana Hal Ehwal Islam Melaka

JASIN – Sempena dengan keputeraan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz telah diundang sebagai salah seorang ahli panel dalam rancangan Forum Perdana Hal Ehwal Islam. Forum tersebut yang diadakan pada 17 Oktober, telah berlangsung di Dewan Alamanda […]

Mufti Sabah Sampai Tauliah Mengajar Agama Kepada Nik Omar

KOTA KINABALU – Mufti Negeri Sabah, Sahibus Samahah Datuk Bongsu @ Aziz Jaafar hari ini (16 Oktober) telah menyampaikan tauliah kebenaran mengajar kepada Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz. Ia adalah satu anugerah khas oleh kerajaan negeri, menerusi Pejabat Mufti Sabah kepada beliau sebagai penghargaan atas […]

Pastikan Rahmatan Lil Alamin difahami

BANGI – Komited jayakan gagasan Rahmatan Lil Alamin. Demikian jaminan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz terhadap perjalanan dan gerak kerja badan dakwah ini. Menurut beliau, ia supaya gagasan berkenaan benar benar difahami oleh rakyat, termasuk oleh mereka yang bukan Islam, seperti yang dihasratkan oleh Perdana […]

Sedia jalin kerjasama dengan NGO China

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersedia menjalin kerjasama dengan lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) dari China. Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz berkata, selain mengeratkan silaturrahim, ia juga merupakan peluang bagi badan dakwah itu untuk belajar tentang pelbagai perkara menerusi hubungan yang akan terjalin. “Kita ambil dan […]

Kerjasama program impak tinggi YADIM – Kumpulan Karangkraft

SHAH ALAM – Kumpulan Karangkraft sedia membantu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam penganjuran program program berimpak tinggi, kata Pengarah Urusannya, Datuk Husamuddin Yaacub. Husamuddin menjelaskan, pihaknya mempunyai kepakaran dari segi penjenamaan  dan boleh membantu YADIM dari aspek berkenaan. “Fenomena sekarang menyaksikan ramai orang Islam tidak memahami agama mereka sendiri dengan baik dan ini memerlukan […]

Kenyataan Rasmi Berkaitan Isu Majlis Berbuka Puasa Di Kawasan Rumah Ibadat Bukan Islam

1. Tindakan sebahagian pemimpin umat Islam di negara ini yang berbuka puasa di kawasan rumah ibadat bukan Islam telah mencetuskan penzahiran pandangan ekstrem sebahagian daripada umat Islam di negara ini yang bukan sahaja jelas jauh daripada pandangan sebahagian ulama Islam sejak berzaman, malah mencanggahi amalan yang dilakukan oleh kebanyakkan ulama dan umat Islam pada zaman […]

Pelajar sekolah bukan kelompok sesuai

KOTA BHARU – Pelajar sekolah bukan kelompok yang sesuai untuk didedahkan dengan satu pelajaran khusus bagi mengenali agama lain selain Islam. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata, pada peringkat usia tersebut, seseorang Muslim perlu mendalami Islam dan memantapkan akidahnya terlebih dahulu. Kata beliau, pendedahan kepada agama lain diakui […]

30 keluarga miskin terima sumbangan MAIM

BESUT – Sebanyak 30 keluarga miskin dan asnaf di perkampungan nelayan Pulau Perhentian menerima sumbangan daripada Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) hari ini (18 Mei). Sumbangan disampaikan sempena program Kembara Rahmah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) sambil menyantuni penduduk miskin dan asnaf di pulau tersebut. MAIM merupakan gabungan kepada 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di […]