Home » Citra Yadim » 303 pelajar Padang Besar terima sumbangan YADIM

303 pelajar Padang Besar terima sumbangan YADIM

BESERI – Seramai 303 pelajar sekolah rendah dari Parlimen Padang Besar menerima sumbangan peralatan dan pakaian sekolah daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis hari ini (10 Disember).

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin dalam program Khidmat Bakti, Jom Ke Sekolah 2020 yang diadakan di Dewan Seri Melati di sini.

Ia merupakan anjuran bersama YADIM, Yayasan Taqwa, Pasukan Sukarelawan Al Rahmah Padang Besar, Pertubuhan Wanita Swadaya Perlis dan Kelab Peduli Masyarakat Perlis.

Setiap pelajar menerima beg, set pakaian, kasut dan alat tulis bernilai RM166.

Pelajar pelajar tersebut dipilih dari kalangan keluarga yang memerlukan di Parlimen Padang Besar, antaranya dari Sekolah Kebangsaan Santan, Sekolah Kebangsaan Paya, Sekolah Kebangsaan Seri Tunjong dan Sekolah Kebangsaan Bukit Keteri.

Selain Zolkharnain, turut hadir ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa, Zahar Zainol, Pengarah YADIM Perlis, Zuhri Husain dan Ketua Sukarelawan Al Rahmah Padang Besar, Shukri Mat Hassan.

Zolkharnain dalam ucapannya berkata, ini merupakan antara usaha YADIM dalam meringankan beban ibu bapa yang memerlukan.

“Kita ada rancangan, dan InsyaAllah tahun hadapan bantuan akan diperluaskan kepada pelajar sekolah menengah juga,” kata beliau.

Zahar pula berkata, bagi tujuan bantuan persekolahan di Perlis, sejumlah RM90,900 diperuntukkan pihaknya.

“Yayasan Taqwa bergerak ke seluruh negara untuk program bantuan seperti ini sejak tahun 2016 lagi.

Program Jom Ke Sekolah 2020 ini akan diteruskan di Sanglang dan Arau.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *