Home » Langit Terbuka » 40% guru Kafa ditapis sebelum diserap ke jawatan tetap

40% guru Kafa ditapis sebelum diserap ke jawatan tetap

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) berkata, kerajaan berhasrat meningkatkan status kira-kira 36,000 guru Kafa ke jawatan tetap, tetapi proses itu mengambil masa dan tidak boleh dilakukan secara automatik

SHAH ALAM – Hampir 40% guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) akan ditapis sebelum diserap menjadi penjawat awam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata, kerajaan berhasrat meningkatkan status kira-kira 36,000 guru Kafa ke jawatan tetap, tetapi proses itu mengambil masa dan tidak boleh dilakukan secara automatik.

Katanya, tapisan itu perlu kerana berdasarkan maklum balas, ada guru yang tidak menunjukkan prestasi baik dan ada pula yang dilantik melalui politik, jadi peranan mereka perlu dikaji semula.

“Kita terpaksa melihat dulu dia punya prestasi…kelayakannya dan hasrat itu telah dinyatakan oleh timbalan saya (Fuziah Salleh).

“Kita harap hujung tahun ini kita sudah ada kaedah bagaimana untuk serapkan guru Kafa ini ke jawatan tetap. Kita anggarkan dalam 30% ke 40% guru Kafa terpaksa kita tapis lagi,” katanya selepas sambutan Maal Hijrah di Madrasah Hidayah Seksyen 11, di sini.

Sabtu lalu, Fuziah yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri dilaporkan berkata, kerajaan sedang menimbang cadangan melantik kira-kira 36,000 guru Kafa ke jawatan tetap.

Beliau berkata, cadangan itu dikemukakan di Parlimen Ogos lalu dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selaku penyelaras Kafa diberi tanggungjawab melaksanakan kajian yang dijangka mengambil masa setahun.

Katanya, pertimbangan itu yang kini dalam peringkat kajian, bertujuan membela kebajikan guru Kafa.

Mujahid berkata, kerajaan memberi peruntukan besar kepada Jakim setiap tahun, jadi hanya guru Kafa yang mencapai tahap tertentu akan dilantik ke jawatan tetap.

“Kita nak guru Kafa ini mesti ada standard, kalau nak serapkan mereka ke jawatan tetap. Malah, sumbangan besar kerajaan kepada Jakim agak besar melibatkan 72% peruntukan Jakim,” katanya. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *