Home » Citra Yadim » 400 pek makanan, pakaian untuk penduduk Titi Hayun

400 pek makanan, pakaian untuk penduduk Titi Hayun

YAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah meneruskan misi bantuan kepada penduduk yang terjejas dalam tragedi kepala air di daerah ini pada 23 Ogos.

Dalam program secara kerjasama dengan Briged Bakti Malaysia dan Prelove Donation Centre selaku penaja, sebanyak 400  pek makanan dan air minuman diserahkan kepada penduduk Kampung Seberang Pekan, Taman Guru dan penduduk di Kampung Titi Hayun di sini.

Turut diserahkan kepada mereka ialah telekung dan kain pelekat.

Hadir bersama dalam program menyantuni rakyat ini ialah Yang Dipertua Briged Bakti Malaysia cawangan Kedah, Haji Md. Tahir Saad, Setiausaha Masjid Ahmadiah, Ustaz Firdaus Abdon, aktivis daerah Yan, Mohd Hafiz Aziz dan wakil penduduk, Naim Radhi.

Tragedi kepala air yang terjadi pada 18 Ogos lalu membawa kemusnahan yang besar kepada daerah ini selain mengakibatkan enam orang terkorban setakat ini.

Bagi menyantuni penduduk, YADIM Kedah telah menyampaikan bantuan awal kepada 25 penduduk pada malam hari kejadian selain membantu mengadakan program membersihkan Masjid Badlishah dan kawasan sekitar pekan Yan di sini pada 21 Ogos.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *