Home » Langit Terbuka » Nur Umairah raih tempat pertama WorldSkills Asia

Nur Umairah raih tempat pertama WorldSkills Asia

Kejayaan remaja berusia 16 tahun itu diraih menerusi kategori utama pertandingan kemahiran peringkat junior iaitu Operasi Drone. - Foto Ismaweb

BANGI – Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab, Sungai Besar, Nur Umairah Mohamad Suwandi mengharumkan negara selepas memenangi tempat pertama pertandingan WorldSkills Asia Online Friendly Skills Games 2021 yang berlangsung pada 3 hingga 7 Ogos lalu.

Kejayaan remaja berusia 16 tahun itu diraih menerusi kategori utama pertandingan kemahiran peringkat junior iaitu Operasi Drone, selain turut berjaya menerima penghargaan untuk Kategori Inovasi Drone.

Nur Umairah adalah wakil Malaysia yang mengambil bahagian, dengan berdepan beberapa pesaing dari negara lain seperti Russia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Azerbaijan.

Bukan hanya menjadi antara pelajar yang sentiasa mendapat keputusan cemerlang setiap tahun, remaja itu juga adalah penghafaz al-Quran.

Penyertaan Nur Umairah dipantau dan dilatih oleh Pakar Teknikal yang juga Pengarah Aeronerve Drone Academy, Rekykurnia Dasril yang telah dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Putrajaya.

Rekykurnia juga adalah Certified Aerial Robotic Trainer bagi Drone Coex Clover yang digunakan sebagai platform pertandingan WorldSkill. – Ismaweb

Artikel Berkaitan

Usaha Memperkasa Institusi Pondok

PUTRAJAYA – Satu Lagi usaha memperkasa institusi pondok di negara ini berlangsung pada 14 April apabila Mesyuarat Syura Nasional Pondok MADANI telah

Bagaikan Aur Dengan Tebing

SETIAP manusia yang bergaul dengan satu golongan mestilah ada caranya tertentu dan ada berbagai-bagai bentuk. Ini termasuklah daripada segi hubungan persahabatan, hubungan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *