Home » Citra Yadim » 500 pek sumbangan Musa’adah Covid-19 untuk diagihkan bersama NGO

500 pek sumbangan Musa’adah Covid-19 untuk diagihkan bersama NGO

PUTRAJAYA – Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita (SPUW) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 18 November telah mengagihkan sebanyak 500 pek sumbangan kepada beberapa golongan yang dikenalpasti.

Agihan pertama sebanyak 364 pek diserahkan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) Batu Caves.

Sebanyak 364 pek sumbangan diserahkan di kolej ini untuk diagihkan oleh 10 rakan rakan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat membantu YADIM.

Antara NGO tersebut ialah Muslim Care Malaysia Society, Pertubuhan Ummah Prihatin, Pertubuhan Pendakwah Selangor, Pertubuhan Cakna Putrajaya dan Pertubuhan Kebajikan Kasih Al Mawa’ Kuala Lumpur.

Kesemua penerima membawa pulang beras dan barangan keperluan  harian.

Sasaran penerima sumbangan ini termasuklah asnaf, golongan B40,  warga emas, golongan pendakwah dan sebagainya.

Selesai agihan di KUIZM di sini, agihan kedua sebanyak 136 pek kemudiannya dilaksanakan di ibu pejabat YADIM di sini.

Hadir ke program hari ini termasuklah Pengarah Kanan SPUW YADIM, Ustaz Azhar Yahya serta wakil wakil NGO yang terlibat dalam mengagihkan sumbangan.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *