Home » Citra Yadim » 545 mangsa banjir terima sumbangan YADIM Johor.

545 mangsa banjir terima sumbangan YADIM Johor.

SEGAMAT – Seramai 545 keluarga mangsa banjir pada Disember lalu di daerah ini, menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 7 Disember bagi meringankan beban mereka.

Ia merupakan sebahagian usaha YADIM Johor menyantuni mereka yang memerlukan menerusi usaha turun padang badan dakwah ini.

Setiap keluarga asnaf yang terpilih ini menerima barangan keperluan harian.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan YADIM, Kapten (B) Shamsuddin Moner. Hadir sama ke majlis ini ialah Pemangku Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Segamat, Azmi Abdul Karim dan Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah.

Program sumbangan dimulakan di Dewan Paya Merah, Labis di sini apabila bantuan disampaikan kepada 200 keluarga yang terlibat dengan musibah berkenaan.

Program kemudiannya bersambung di Balai Raya Padang Lalang, di mana 170 keluarga menerima bantuan.

Lokasi ketiga penyampaian bantuan ialah di Dewan Kampung Tandong di sini, yang menyaksikan seramai 175 keluarga menerima sumbangan YADIM Johor. Di dewan ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Buloh Kasap, Yang Berhotmat  Dato’ Zahari Sarip telah hadir sama.

Program penyampaian sumbangan ini telah diadakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Segamat dan Pejabat Daerah Segamat.

YADIM Johor sebelum ini telah menyantuni seramai 190 keluarga mangsa banjir Kota Tinggi, Batu Pahat dan Mersing.

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *