Home » Citra Yadim » Seminar Rahmatan Lil Alamin dan Ziarah Kasih TLDM Lumut

Seminar Rahmatan Lil Alamin dan Ziarah Kasih TLDM Lumut

LUMUT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah sekian lama menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang, khususnya mengenai penyebaran dakwah dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Kerjasama itu diteruskan lagi dalam tahun 2020 ini menerusi program Seminar Rahmatan Lil Alamin dan Ziarah Kasih yang diadakan di pangkalan TLDM di sini.

Program selama dua hari bermula 29 Februari ini dimulakan dengan ucapan Pegawai Laksana, Komander Mohd Hairulsah Abdul, mewakili Panglima TLDM.

Program kemudiannya diteruskan dengan slot Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin.

Dalam ucapannya, beliau menyentuh mengenai rahmah Islam yang disampaikan untuk memberi kenikmatan kepada semua termasuk bukan Muslim.

Seterusnya ialah Seminar Pengurusan Kewangan Islam yang disampaikan oleh Pengarah Syariah Bank rakyat, Tuan Hanafiah Mohd Nawawi.

Hampir 800 anggota TLDM menyertai program pada 29 Februari ini yang diadakan di Dewan Utama, KD Pelandok, Pangkalan TLDM Lumut.

Pada sebelah petang, Zolkharnain dijadualkan untuk mengadakan ziarah rahmah ke sekitar kawasan pangkalan ini sebelum program disambung esok untuk ziarah rahmah di Pulau Pangkor.

Antara program secara bersama oleh TLDM dan YADIM sebelum ini termasuklah Bicara Keluarga Sakinah dengan kerjasama Majlis Perundingan Wanita Islam Malaysia dan Dakwah Merentas Samudera pada 2016 dan 2017.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *