Home » Citra Yadim » 465 keluarga terima manfaat Musa’adah Covid-19 YADIM Johor Siri Dua

465 keluarga terima manfaat Musa’adah Covid-19 YADIM Johor Siri Dua

JOHOR BAHRU – Seramai 465 buah keluarga menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Johor menerusi program Musa’adah Covid-19 YADIM Siri 2 pada 3-5 Mei.

Ini menjadikan jumlah penerima manfaat program Musa’adah Covid-19 YADIM Johor, sejak dimulakan pada 20 April lalu seramai 815 keluarga.

Siri kedua program kali ini, diadakan dengan kerjasama badan – badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif di sini, adalah bagi menyantuni mereka yang terkesan dengan musibah Covid-19 di sekitar bandar raya ini, Ulu Tiram dan Pasir Gudang.

Pengarah YADIM Johor, Muhammad Ammar Abdullah berkata, antara NGO yang terlibat dalam program berkenaan ialah Haluan cawangan johor, Pertubuhan Jaringan Harmoni Johor dan Pertubuhan Pemacu Komuniti Pasir Gudang.

Hadir sama ialah Setiausaha Kerja Haluan Johor, Muaz Khalik, Pengerusi Jaringan Harmoni, Razif Shah manakala Norhayati Darus pula mewakili Pemacu Komuniti Pasir Gudang.

Majoriti penerima sumbangan ialah mereka yang terputus pendapatan kerana menerima gaji secara harian.

Dalam pada itu, sumbangan turut disampaikan kepada beberapa keluarga warga asing, selaras dengan hasrat YADIM yang melaksanakan gerak kerja dakwah tanpa mengira latar belakang.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *