Frontliners Sintok, RSY disantuni YADIM Kedah

SINTOK – Prihatin dengan kebajikan dan tanggungjawab petugas barisan hadapan mendepani Covid-19, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 15 Mei menyantuni mereka yang bertugas di daerah ini.

Sejumlah 20 set sumbangan makanan diserahkan kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) di sini.

Selain set makanan untuk berbuka puasa, mereka juga menerima penutup muka dan mulut serta cecair pembasmi kuman.

Majlis ringkas penyerahan diadakan di Balai Bomba Jitra dan pejabat APM Jitra.

Program ini mendapat kerjasama Majlis Dakwah Negara Kedah, pertubuhan Inisiatif Bandar Selamat (IBS) dan APM Kubang pasu.

Program seterusnya menyantuni 20 keluarga Rakan Siswa YADIM (RSY) dari kalangan B40 yang tinggal sekitar kawasan ini dan Alor Setar.

Sumbangan diserahkan kepada Pengerusi Siswi RSY Universiti Utara Malaysia, Nur Farzana Hazwani Ahmad. Beliau yang juga merupakan penuntut di UUM akan mengagihkan sumbangan dengan bantuan Majlis Pimpinan Universiti (MPU) RSY Kedah.

Lokasi terakhir program ialah di Changloon di sini apabila sebanyak 20 keluarga asnaf yang memerlukan disantuni YADIM Kedah.

Kebanyakan penerima sumbangan adalah mereka yang menerima gaji harian, sekaligus terkesan kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang kini masih dikuatkuasakan.

Terdapat juga penerima sumbangan yang merupakan pesakit kronik, lantas terpaksa berbelanja lebih bagi merawat penyakit mereka.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *