Asnaf kalangan nelayan disantuni YADIM Terengganu

SETIU – Komited dengan hasrat menyantuni asnaf daripada kalangan nelayan di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 9 Julai telah turun padang ke daerah ini bagi tujuan itu. Menerusi program YADIM Peduli : Musa’adah Covid-19 YADIM Terenganu yang diadakan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu dan Persatuan Nelayan Daerah Setiu, […]

Musa’adah Covid 19 untuk 50 keluarga Felcra Teratak Batu

PASIR PUTEH – Penoreh getah dan mereka yang bekerja di ladang sawit tidak dinafikan ialah antara yang turut menerima kesan teruk akibat Covid-19. Justeru bagi meringankan beban mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 30 Jun telah menyantuni sejumlah 50 keluarga daripada kedua golongan ini di Kampung Felcra Teratak Batu, di sini. Acara ringkas […]

Ziarah Sinar Kasih Musa’adah Covid-19 Negeri Sembilan

PORT DICKSON – Seluruh Negeri Sembilan dijelajahi dalam program Ziarah Sinar Kasih Musa’adah Covid-19 Negeri Sembilan yang berlangsung pada 27 dan 28 Jun. Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan itu mendapat kerjasama pasukan Sukarelawan Al Rahmah SAR Kelab Sains dan Inovasi Port Dickson (KSIPD), Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Negeri Sembilan dan sebuah […]

Tiada sumbangan terlalu kecil…

Bismillahirrahmanirrahim Sahabat-sahabat rakyat Malaysia yang disayangi sekalian, Musibah Covid 19 yang melanda seluruh dunia tanpa terkecuali negara kita yang dicintai ini sememangnya telah meninggalkan dampak yang sangat mendalam. Tidak sedikit dikalangan kita yang terkesan dari segi ekonomi apabila ada yang hilang mata pencarian atau kurangnya pendapatan isi rumah. Penjarakan fizikal yang perlu diamalkan oleh kita […]

Frontliners Sintok, RSY disantuni YADIM Kedah SINTOK – Prihatin dengan kebajikan dan tanggungjawab petugas barisan hadapan mendepani Covid-19, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 15 Mei menyantuni mereka yang bertugas di daerah ini. Sejumlah 20 set sumbangan makanan diserahkan kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) di sini. Selain set […]

Ahli Tabligh ucap terima kasih

PUTRAJAYA – Ahli-ahli Tabligh yang menerima bantuan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melalui program Musaadah Covid 19, YADIM mengucapkan terima kasih kepada badan dakwah ini di atas sumbangan yang telah diberikan. Rata-rata mereka melahirkan rasa syukur dan terima kasih serta berpendapat sumbangan itu mampu mengurangkan sedikit bebanan yang terpaksa mereka tanggung. Melalui program itu, YADIM […]

150 keluarga terima sumbangan Musa’adah Covid-19 YADIM

KOTA DAMANSARA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus turun padang menyantuni mereka yang terkesan dengan musibah Covid-19. Program pada 31 Mac ini menyantuni seramai 150 keluarga yang memerlukan di sekitar Lembah Klang iaitu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pahang di Bangsar, PPR Desa Mentari di Petaling Jaya sebelum yang terakhir di Gugusan Dedap, […]

281 pelajar, 110 keluarga terima manfaat sumbangan RM35,000 Musa’adah Covid-19 YADIM

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 30 Mac melaksanakan sebanyak lima program utama sumbangan untuk mereka yang terjejas dengan musibah Covid-19 yang melanda negara ketika ini. Lima program sumbangan tersebut, yang menelan belanja hampir RM35,000 telah memberi manfaat kepada 110 buah keluarga serta 281 pelajar yang kesemuanya menerima kesan langsung wabak berkenaan dan Perintah […]