BIAR GAMBAR BERBICARA…. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Akibat air sungai yang melimpah kerana hujan lebat, jalan ke Kampung Lingga, Kiulu Tiuaran tidak dapat dilalui, walaupun menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
Bagaimanapun ia tidak menghalang semangat kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah yang nekad menyampaikan bantuan kepada penduduk kampung yang memerlukan.
Dengan kerjasama orang ramai,baik lelaki mahupun wanita Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki dan kakitangan badan dakwah ini menggunakan tulang empat kerat memindahkan barangan sumbangan merentas sungai menggunakan jambatan gantung.
Hasil muafakat, sebanyak 65 bakul barang makanan kering mengandungi barangan keperluan harian seperti beras, gula, kopi, minyak masak, biskut dan mee serta 100 botol air mineral akhirnya berjaya disampaikan kepada keluarga di Kampung Lingga.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama. Syahristani

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *