Home » Citra Yadim » 600 terima manfaat Jom Ke Sekolah 2020

600 terima manfaat Jom Ke Sekolah 2020

ARAU – Seramai 600 pelajar di tiga kawasan di Perlis menerima manfaat program Khidmat Bakti Jom Ke Sekolah 2020 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis.

Program anjuran bersama dengan Yayasan Taqwa, Pasukan Sukarelawan Al Rahmah, Pertubuhan Wanita Swadaya Perlis dan Kelab Peduli Masyarakat Perlis itu mensasarkan pelajar sekolah rendah daripada golongan asnaf dari Beseri, Arau dan Sanglang.

Kesemua mereka menerima sumbangan beg sekolah, alat tulis dan set pakaian bernilai RM166 setiap satu, yang bertujuan meringankan beban keluarga menjelang sesi persekolahan yang akan datang.

Secara keseluruhan hampir RM100,000 diperuntukkan bagi program ini oleh Yayasan Taqwa.

Selama tiga hari bermula pada 10, 12 dan 14 Disember lalu, YADIM Perlis telah bekerjasama dengan rakan rakan agensi yang berkenaan bagi bertemu dan menyantuni para pelajar sekolah rendah yang terpilih untuk menerima sumbangan berkenaan.

Sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin.

Menurut beliau, pihaknya berhasrat untuk menambah lagi sumbangan pada tahun hadapan dengan turut melibatkan asnaf daripada kalangan pelajar sekolah menengah juga.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *