Home » Citra Yadim » Johor terus tambah sukarelawan bantu mangsa banjir

Johor terus tambah sukarelawan bantu mangsa banjir

HULU LANGAT – Prihatin, cakna dan penuh semangat kesukarelawanan. 

Mungkin itu boleh disimpulkan untuk Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) dari Johor yang terlibat dengan aktiviti aktiviti membantu mangsa banjir di sini.

Tak cukup dengan mereka yang sudah ada di Institut Latihan Dakwah YADIM (INDAH) di sini, SAY Johor menambah lagi bilangan petugas mereka untuk berkhidmat di sini. Hebat orang Johor.

Boleh memilih untuk berehat bersama keluarga pada hujung minggu, yang kebetulan pula sedang dalam sambutan Krismas, namun, seramai 10 orang SAY Johor sampai ke INDAH pada 25 Disember untuk sama terlibat menyantuni masyarakat.

Pada 26 Disember pula, 17 orang lagi sampai untuk menjadikan keseluruhan bilangan SAY Johor yang berkhidmat sini kepada 51 orang.

Mereka kemudiannya bersama Rakan Siswa YADIM membantu membersihkan kediaman mangsa banjir di Batu 14 dan Batu 18 di sini pada 26 Disember.

SAY Johor akan terus bertugas di INDAH yang merupakan pusat operasi YADIM bagi menyantuni mangsa banjir di daerah ini.

 

 

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *