Home » Citra Yadim » Ziarah Mangsa Kebakaran di Berek 12

Ziarah Mangsa Kebakaran di Berek 12

KOTA BHARU – Empat hari sebelum Aidilfitri, enam keluarga di Kampung berek 12 di sini diuji dengan musibah kebakaran.

Terdapat kediaman mereka yang musnah sama sekali dalam kejadian ini, manakala ada yang sebahagian sahaja. Namun persiapan menyambut Aidilfitri sudah pasti terjejas sama sekali.

Punca kejadian dikatakan akibat litar pintas.

Prihatin dengan nasib keluarga yang ditimpa musibah ini, YADIM Kelantan pada 30 April menziarahi mereka dan menghulurkan sedikit sumbangan.

Wang tunai dan pek barangan dapur disampaikan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang.

Terima kasih diucapkan kepada Penghulu Mukim Padang Garong, Encik Roslan Hussin kerana membantu mempertemukan pihak YADIM dengan mangsa.

 

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *