Home » Citra Yadim » Hari kedua Daurah Hadith Sahih Bukhari di Jamia Markaz, Kerala, India

Hari kedua Daurah Hadith Sahih Bukhari di Jamia Markaz, Kerala, India

SEKITAR Hari kedua Daurah Hadith Sahih Bukhari di Jamia Markaz, Kerala, India yang disertai dua kakitangan YADIM.
Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM, Ustaz Husnaini Mongin dan Ustaz Abdul Hafiz Mat Tuah serta delegasi lain telah dijemput ke Jam’iah Markaz oleh pengasasnya, iaitu Mufti Besar India, As-Syeikh Abu Bakr Ahmad Al-Baqawy Al-Malibari -Hafizahu Allah.
Di sana, mereka berkesempatan mengikuti beberapa pengajian, antaranya:
1. Majlis Syarahan kitab Sahih Bukhari, yang disyarahkan sendiri oleh As-Syeikh Abu Bakr Ahmad.
2. Majlis Syarahan dengan tajuk khas oleh Naib Rais Jami’ah Markaz, As-Syeikh Husein As-Thaqafi.
As-Syeikh Abu Bakr Ahmad juga telah menyampaikan buah tangan kepada para rombongan dengan kitab-kitab karangan beliau, antaranya Kitab Tazkir Al-Qari bi Syarh Sahih Bukhari serta karangan-karangan beliau yang lain.
As-Syeikh Abu Bakr Ahmad juga telah memberikan Ijazah Musalsal Awwaliyyah Rahmah kepada rombongan.
Moga As-Syeikh Abu Bakr Ahmad dipanjangkan umur serta dikurniakan kesihatan yang baik, agar terus membimbing dan mendidik masyarakat Islam di India.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *