Home » Citra Yadim » ‘Terima kasih Dr Yusri Mohamad’

‘Terima kasih Dr Yusri Mohamad’

PUTRAJAYA – Dr Yusri Mohamad hari ini menamatkan perkhidmatannya sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) selepas 5 tahun berkhidmat di agensi dakwah ini.

Beliau telah mengetik kad perakam waktu terakhirnya pada jam 1 tengahari ini, sebelum diraikan oleh pegawai dan kakitangan YADIM dalam majlis perpisahan ringkas dengan mengiringi beliau ke kenderaan untuk pulang.

Dr Yusri memulakan khidmat di YADIM sebagai Timbalan Yang Dipertua selama kira kira dua tahun sebelum dilantik memegang jawatan Yang Dipertua pada 1 Oktober 2015.

Beliau menggantikan Datuk Dr Ashraf Wajdi Dusuki yang ketika itu dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama).

Antara kejayaan beliau di YADIM ialah mempelbagaikan kaedah penyampaian dakwah Islamiah di negara ini.

YADIM di bawah teraju pentadbiran beliau pernah menganjurkan berapa program besar seperti Konvensyen Kebangsaan Sahabat YADIM 2015 yang menghimpunkan lebih 1,000 pendakwah muda.

Usaha dakwah YADIM di bawah beliau juga pernah sampai hingga ke Kemboja melalui program  Program Khidmat Bakti di Kampung Chenang, Kemboja pada 2016.

YADIM mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Dr Yusri Mohamad atas segala usaha beliau sebagai Yang Dipertua badan dakwah ini.

 

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *