Home » Langit Terbuka » Merompak wang itu maksiat dan bala paling besar

Merompak wang itu maksiat dan bala paling besar

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pemusuhan terhadap maksiat tidak hanya kepada perkara minum arak dan penzinaan sahaja

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, perbuatan pemimpin merompak duit rakyat disifatkan sebagai maksiat paling besar pernah berlaku di negara ini.

Menurut beliau, tindakan itu meninggalkan kesan dan sekaligus membawa kerosakan besar kepada negara.

“Merompak duit itulah maksiat yang paling besar membawa kepada kerosakan, membawa kepada kehancuran yang susah tidak dibela, itulah bala yang paling besar sebenarnya.

“Pemimpin-pemimpin yang rasuah bukan sikit. Lepas tu para pemodal dan kapitalis yang menindas dengan sistem perbankan yang menyusahkan rakyat,” katanya kepada media dalam sidang media selepas menghadiri Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institut Kewangan di Malaysia kali ke 14 hari ini.

Menurut menteri yang menjaga hal ehwal agama itu, pemusuhan terhadap maksiat tidak hanya kepada perkara minum arak, penzinaan sahaja.

Malah katanya, merompak duit rakyat dan rasuah juga boleh diklasifikasikan sebagai maksiat yang boleh mengundang bala daripada Allah.

“Memang betul segala bentuk maksiat itu akan mengundang bala tapi maksiat juga perlu difahami dalam konteks yang lebih luas. Menindas rakyat, menindas orang yang di bawah, golongan kapitalis yang hanya pentingkan kekayaan dan mengaut kemewahan dan pembaziran juga adalah perkara-perkara yang mengundang kepada bala,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *