Home » Citra Yadim » Bowling YADIM Bersama Media

Bowling YADIM Bersama Media

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sentiasa menjalan kerjasama dan sinergi dengan pelbagai pihak bagi memastikan usaha dakwah dan objektifnya tercapai. Ini termasuklah dengan organisasi organisasi media.

Menyedari peranan media yang amat penting dewasa ini, YADIM telah menganjurkan program Bowling YADIM Bersama Media dengan kerjasama Kelab Media Putrajaya pada 26 Oktober lalu bertempat di ARL Power Bowl, Alamanda, di sini.

Ia merupakan sebuah pertandingan bowling empat sepasukan yang disertai rakan rakan media dari Putrajaya, Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Ustaz Mohd Zaidi Ramli.

Hadir sama ialah Pengurus Besar Pengurusan dan Kewangan YADIM, Tuan Redhauddin Kamaruzzaman, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, En mohd Yuswani Majid,  Presiden Kelab Media Putrajaya, Puan Norliza Abd Rahman, Pengerusi Badan Kebajikan Bahagian Media Elektronik Dan Penyiaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, En Abdul Hadi Abdul Rahim dan Pengerusi Kelab Sukan TV Al Hijrah, En Muhamad Johary Bin Abdul Rahim.

Sementara itu, Mohd Zaidi dalam ucapannya berharap agar pihak media selalu bersama YADIM untuk terus membuat hebahan aktiviti perluasan dakwah YADIM yang berbentuk Dakwah Bil Hal.

Beliau turut meluangkan masa beramah mesra bersama para peserta selain memberi sokongan moral.

Dalam pada itu, turut diadakan ialah penyerahan sumbangan untuk Tabung Infaq YADIM daripada Kelab Media Putrajaya yang disampaikan Norliza kepada Redhauddin.

Seramai 14 pasukan menyertai pertandingan ini, termasuk dua dari YADIM sendiri, yang menyaksikan TV3 Putrajaya menjuarainya. Antara agensi lain yang menyertainya termasuklah Bernama, Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Sinar Harian, RTM dan NST.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *