Home » Citra Yadim » Ziarah mangsa kebakaran Kampung Junkon

Ziarah mangsa kebakaran Kampung Junkon

KUALA PENYU – Prihatin  dengan nasib sebuah keluarga mangsa kebakaran di Kampung Junkon dekat sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tampil menziarah keluarga terdekat mereka.

Pengarah YADIM Zon Sabah, Tuan Haji Samin Ongki turut menyampaikan sedikit sumbangan yang bertujuan meringankan beban keluarga mangsa semasa hadir pada petang hari kejadian.

Dalam kejadian di Kampung Junkon, Menumbok, di sini, pada 25 November lalu tiga sekeluarga iaitu pasangan suami isteri, Yamal Suhud, 80, dan Saadah Mumin, 70, serta anak lelaki mereka, Ismail Yamal, 45, dipercayai sedang tidur ketika kebakaran berlaku pada jam 1.20 pagi.

Difahamkan, pasangan suami isteri tersebut tidur di bahagian ruang tamu manakala anak mereka pula tidur di bilik.

Pasukan bomba menjumpai dua mangsa di bahagian depan pintu utama dan seorang lagi ditemukan di dalam sebuah bilik di rumah terbabit.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata, sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *