Home » Langit Terbuka » Liga Arab ikrar bayar RM413 juta sebulan kepada Palestin

Liga Arab ikrar bayar RM413 juta sebulan kepada Palestin

Liga Arab mengulangi janji untuk menyalurkan dana kepada pihak berkuasa Palestin. - Foto Liga Arab

KAHERAH – Liga Arab semalam (23 Jun) mengulangi janji untuk membayar sebanyak AS$100 juta (RM413 juta) sebulan kepada pihak berkuasa Palestin (PA), sehari selepas Washington mendedahkan pelan damai Asia Barat.

Menteri kewangan pertubuhan itu yang mengadakan pertemuan di sini mengulangi janji yang dibuat pada April untuk meningkatkan lagi bajet PA dengan pemindahan dana sebanyak AS$100 juta (RM413 juta) ketika ia berdepan kemelut kewangan.

Menteri Kewangan LIga Arab pada masa sama mengecam apa yang mereka sifatkan sebagai ‘pelanunan dana awam Palestin oleh Israel’.

Israel mengutip cukai bagi pihak PA namun menyekat pembayaran kutipan sejumlah AS$138 juta (RM571 juta) bagi Februari berhubung pembayaran kepada tahanan politik Palestin yang dipenjarakan kerana menyerang Israel. – AFP

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *