Home » Citra Yadim » YADIM Sarawak, HCF Berganding Bahu Perkasa Kemahiran Lapangan Pendakwah

YADIM Sarawak, HCF Berganding Bahu Perkasa Kemahiran Lapangan Pendakwah

KUCHING, 26 November – Menyedari dakwah merupakan amanah besar yang menuntut ilmu, hikmah, dan keikhlasan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sarawak dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation (HCF) Sarawak menganjurkan Bengkel Pendakwah YADIM Bersama NGO 2026 di Dewan Syarahan, Pejabat YADIM Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengurus HCF Sarawak, Encik Fathurrahman Othman, sebelum dirasmikan oleh Pengarah YADIM Negeri Sarawak, Encik Awang Dulhadi Awang Mat.

Bengkel berkenaan menampilkan lima slot perkongsian ilmu yang dikendalikan oleh barisan penceramah berpengalaman, termasuk Pengarah Operasi HCF, Encik Wan Muhammad Wan Ibrahim dan Pesuruhjaya Negeri Majlis Dakwah Negara, Haji Norhaza Ahmad Redzuan Abdullah.

Turut berkongsi kepakaran ialah Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah, Profesor Dr. Zaifuddin Md Rasip serta Ketua Rakan Hidayah HCF Bintulu, Haji Mohamad Saufi Lim Abdullah.

Para peserta yang terdiri daripada barisan Daie YADIM, Daie HCF, dan Saudara Kita berpeluang mengikuti sesi pembentangan, forum, serta soal jawab interaktif bagi memantapkan kemahiran dakwah mereka di lapangan.

Penganjuran bengkel ini diharapkan menjadi medan untuk menyuntik semangat baharu dan mengeratkan ukhuwah, sekali gus melahirkan barisan pendakwah yang berilmu, berakhlak mulia, serta istiqamah dalam memikul amanah dakwah.

Dalam pada itu, YADIM Negeri Sarawak turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak HCF Sarawak, barisan penceramah, dan semua peserta atas komitmen padu dalam menjayakan program tersebut.

Artikel Berkaitan

Tunku Azizah terima ijazah sarjana dari UIAM

  KUALA LUMPUR: Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-42 mencipta sejarah selepas Ketua Perlembagaannya, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *