Home » Citra Yadim » Sumbangan untuk 30 keluarga di Pendang

Sumbangan untuk 30 keluarga di Pendang

PENDANG – Daerah ini merupakan lokasi terbaharu program Musa’adah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah.

Sebanyak 30 set sumbangan barangan keperluan harian diagihkan kepada golongan sasaran yang terdiri daripada asnaf, Orang Kelainan Upaya dan golongan B40 yang menerima gaji harian, lantas terkesan dengan musibah Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Penyelaras program YADIM ialah Azmi Mohamad, yang bekerjasama dengan petugas Briged Bakti Malaysia (BBM) Pendang, serta Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung 15 Relong, Bukit Raya, Pendang.

Hadir sama ialah JKKK Kampung 15 Relong, Baharuddin Ahmad, Ketua BBM Pendang, Muhd Nasri Mohd Nasir, AJK Belia BBM Pendang, Aiman Asraf Rosli dan Mohd Amin Yaakod.

Selesai menyantuni masyarakat Pendang, Azmi kemudiannya menyampaikan sarung tangan, penutup muka dan pembasmi kuman kepada Inspektor Nazirul Ahmad di Pusat Kawalan Polis di Tol Pendang bagi kegunaan petugas di sana.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *