Home » Citra Yadim » Musaadah 2.0 YADIM Johor

Musaadah 2.0 YADIM Johor

SIMPANG RENGGAM – Selepas Putrajaya, Musaádah 2.0 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dilaksanakan di negeri ini pula.
Pada 3 Februari, YADIM Johor menyampaikan bantuan untuk Penjara Simpang Renggam di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hingga 14 Februari ini.
Barangan yang disampaikan adalah hasil sumbangan masyarakat yang mahu membantu orang ramai yang terkesan dengan Covid-19 menerusi YADIM Johor.
Antara yang dihantar ialah 100 beg mengandungi beras, tepung, gula, biskut, telor dan lain lain.
Bantuan khususnya untuk kakitangan penjara yang kni terkesan dengan pelaksanaan PKPD di institusi ini.
Sumbangan diserahkan oleh Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah kepada Pengarah Penjara Simpang Renggam, Tuan Haji Meor Azizi.
Ini bukan kali pertama YADIM menyantuni komuniti penjara. Pada Oktober lalu, YADIM menyampaikan sumbangan untuk Penjara pokok Sena, Penjara Alor Setar, Penjara Sungai Petani dan Penjara Taiping yang juga dikenakan PKPD.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *