Home » Citra Yadim » Musa’adah YADIM Negeri Sembilan di Tampin

Musa’adah YADIM Negeri Sembilan di Tampin

TAMPIN – Selepas Lenggeng, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan meneruskan program Musa’adah Covid-19 mereka di daerah ini.

Menerusi kerjasama dengan rakan strategik badan bukan kerajaan (NGO) Sukarelawan Al Baasith, Buang Rubisa dan Jabatan Penerangan cawangan Tampin, YADIM menyantuni seramai 50 orang penerima di Kampung Kru dan Kampung Ulu Yor di sini pada 22 Februari.

Para penerima terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim, serta golongan B40 yang terkesan dengan penularan Covid-19.

Hadir ke program ini ialah Penyelaras YADIM Negeri Sembilan, Ustaz Mohd Hassanal Haris, wakil Jabatan Penerangan Tampin, Syafiq Kamaruzzaman, Pengerusi Sukarelawan Al Baasith, Khairul Nizam.

Terima kasih juga diucapkan kepada wakil komuniti, En Isa Sulaiman yang banyak terlibat dan membantu menjayakan program ini.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *