Home » Citra Yadim » Sukarelawan YADIM agih bantuan di Alor Limbat

Sukarelawan YADIM agih bantuan di Alor Limbat

MARANG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 22 Februari telah mengagihkan sumbangan barangan keperluan harian kepada para penoreh getah di sini.
 
Seramai 30 keluarga menerima sumbangan berkenaan. Gimik penyerahan turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Limbat, Yang Berhormat Ustaz Ariffin Deraman.
 
Mewakili YADIM ialah Pengarah YADIM Terengganu, Nasrul Hadi Saiadin.
 
Sebelum ini, Yayasan Dakwah Islmiah Malaysia Terengganu juga telah menyantuni para penoreh getah di Setiu, Hulu Terengganu, Hulu Besut dan beberapa kawasan lain yang terjejas dengan Covid-19.
 
Seramai 175 keluarga penoreh getah telah disantuni menerusi inisiatif ini.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *