Home » Citra Yadim » Cadangan kerjasama YADIM – Persatuan Kebajikan Mohd Chan

Cadangan kerjasama YADIM – Persatuan Kebajikan Mohd Chan

PUTRAJAYA – Satu perbincangan ringkas telah diadakan antara pengasas rangkaian Restoran Mohd Chan dan Persatuan Kebajikan Mohd Chan, Datuk Mohd Chan Abdullah dengan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.
Perbincangan di ibu pejabat YADIM di sini pada 22 Februari itu antara lain menyentuh mengenai kerjasama dalam program kebajikan antara YADIM dan Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan serta kerjasama antara YADIM dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) untuk penganjuran program kepada saudara baru terutamanya yang melibatkan pendidikan.
Turut disentuh ialah penglibatan sukarelawan Vina Muslim dalam program program anjuran Sukarelawan YADIM.
Hadir sama ke perjumpaan ini ialah Pengerusi Yayasan Mualaf Malaysia, Shila Lama Abdullah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *