Home » Citra Yadim » Edaran bubur lambuk SAY Kuala Langat

Edaran bubur lambuk SAY Kuala Langat

KEBUN BHARU – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY)Kuala Langat pada 25 April telah mengadakan edaran bubur lambuk di kawasan Dewan Undangan Negeri Sijangkang di sini.

Program bermula awal pagi dengan kerja bergotong royong menyiapkan bubur lambuk oleh SAY Kuala Langat di kediaman setiausaha pasukan tersebut, Hanizah Sumiri di sini.

Siap dimasak, ahli ahli SAY Kuala Langat kemudiannya bekerjasama mengedarkan bubur berkenaan.

Turut sama dalam program ini ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin serta Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Daie YADIM, Ustaz Khusnaini Mongin.

Program ini adalah sebahagian daripada pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360).

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *