Home » Citra Yadim » YADIM tambah sumbangan untuk Zoo Melaka

YADIM tambah sumbangan untuk Zoo Melaka

AYER KEROH – Selepas menyumbang satu tan makanan untuk penghuni Zoo Melaka di sini sebelum ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 8 Julai menambah jumlah sumbangan tersebut.

 

 

Kali ini bantuan untuk penghuni zoo sebanyak RM4,000 disumbangkan selain 80 set barangan keperluan harian untuk para petugasnya.

 

Hadir ke acara penyerahan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Melaka,Sahibus Samahah Dato’ Halim Tawil, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman dan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka, Datuk Haji Md Rawi Mahmud.

 

YADIM diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya,  Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Pengarah YADIM Melaka, Muzafar Abd Rahim.

 

Dalam reaksinya, Datuk Dr Zulkifli menyatakan sokongannya terhadap program ini yang disifatkannya sebagai peka terhadap keperluan semua.

 

“Syabas dan tahniah YADIM. kerana menyantuni bukan sahaja manusia, tetapi juga haiwan,” kata beliau ringkas.

 

Selain satu tan makanan ,badan dakwah ini juga menyumbang 30 kotak barangan keperluan harian untuk kakitangan Zoo Melaka pada 2 Julai.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *