Home » Citra Yadim » SAY Kuala Selangor bantu agih sumbangan ikan

SAY Kuala Selangor bantu agih sumbangan ikan

PARIT 4 – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Selangor pada 9 Ogos membantu mengagihkan ikan cencaru untuk golongan yang memerlukan di sini

Sebanyak 250 kilogram ikan cencaru, daripada Food Bank Masjid At Taufikiah di sini, diagihkan kepada orang ramai secara pandu lalu oleh SAY Kuala Selangor diketuai Pengerusinya Asmah Husin.

Setiap penerima menerima kira kira empat ekor ikan bersaiz besar dalam agihan ini.

Program di hadapan kedai seorang pengusaha makanan di sini turut dibantu tujuh orang ahli SAY Kuala Selangor.

Ini merupakan kali kedua SAY Kuala Selangor terlibat mengagihkan sumbangan ikan kepada golongan yang memerlukan.

Terdahulu pada 8 Julai, sebanyak 200 KG ikan kembung sumbangan seorang peniaga diagihkan SAY Kuala Selangor.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *