Home » Citra Yadim » Tubuh yang sihat datang daripada minda yang sihat.

Tubuh yang sihat datang daripada minda yang sihat.

BINTONG – Kesihatan minda sama pentingnya dengan kesihatan tubuh badan.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis yang prihatin dengan keadaan ini telah bekerjasama dengan rakan badan bukan kerajaan, Aspirasi Prihatin Malaysia mengadakan program menyentuh aspek ini pada 24 Oktober di Projek Perumahan Rakyat Wang Ulu di sini.

Selain senamrobik patuh syariah dan penerangan ringkas tentang penjagaan  kesihatan wanita, turut diadakan ialah penyampaian sumbangan kepada 20 ibu tunggal dan B40 yang memerlukan.

Hadir ke program ini ialah Pengarah YADIM Perlis, Hafsah Hussain dan Pengerusi Aspirasi Prihatin Malaysia, Hashimah Ismail.

Program ini ialah sebahagian pengisian Bulan Dakwah 2.0 YADIM Perlis.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *