Home » Citra Yadim » Agihan Bubur Lambuk dan juadah berbuka puasa SAY Kuala Langat

Agihan Bubur Lambuk dan juadah berbuka puasa SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Seramai 30 keluarga yang memerlukan menerima sumbangan Bubur Lambuk dan juadah berbuka puasa oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada 9 April.

Mereka terdiri daripada keluarga anak-anak yatim,ibu tunggal dan warga emas di sekitar kawasan ini.

Turun padang melaksanakan agihan ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin serta ahli jawatankuasanya, Malik Zin, Wahab Kamaruddin dan Rasid Yusof.

Turut menerima sumbangan ini ialah keluarga lima beradik Orang Kelainan Upaya di sini.

Terdahulu, program yang sama juga dilaksanakan SAY Kuala Langat pada 7 April.

Sebelum ini pada awal Ramadan Muslimat SAY Kuala Langat juga bekerjasama dengan Muslimat Surau Haji Mansur di sini mengadakan program tadarus Al Quran sepanjang Ramadan.

SAY Kuala Langat juga menyumbang kurma kepada para peserta tadarus ini.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *