Home » Citra Yadim » Ceramah Nuzul Al-Quran Sempena Majlis Khatam Al-Quran Kolej Vokasional Kuantan

Ceramah Nuzul Al-Quran Sempena Majlis Khatam Al-Quran Kolej Vokasional Kuantan

KUANTAN – Kolej Vokasional Kuantan telah melaksanakan program tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan yang melibatkan para pelajar dengan bimbingan 5 orang guru.

Satu majlis khatam Al-Quran diadakan pada 27 April bertempat di Dewan Inovasi Kolej Vokasional Kuantan bagi meraikan para pelajar dan guru bimbingan tadarus tersebut.

Bersempena majlis khatam ini, diadakan juga slot ceramah Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok bertajuk ‘Al-Quran Dihayati Amalan Diperbaiki’.

Slot ceramah dimulakan dengan ucapan aluan Pengarah Kolej, Encik Azhar Hamzah yang sangat mengalu-alukan kerjasama dan keprihatinan YADIM kepada para pelajar. YADIM turut menyumbang cenderamata kepada para peserta khatam Al-Quran ini.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Akademik Kolej Vokasiaonal Kuantan, Puan Shamsiah Ahmad, Dr Amirul Mukmin Abdullah dan Puan Nur Aisyah Azman Penolong-Penolong Pengarah YADIM Negeri Pahang. Majlis ditutup dengan penyampaian cenderamata dan sesi bergambar.

 

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *