SEBERANG JAYA – Program Bicara Dakwah: Membangun Adab, Membina Negara di Surau At-Taqwa, Seberang Jaya, menutup jadual padat YADIM Negeri Pulau Pinang pada 17 November.
Pengisian program telah disampaikan oleh Pengarah YADIM Negeri Pulau Pinang, Ustaz Mohamad Fadzil Alias, yang menekankan kepentingan pembentukan adab dan akhlak mulia sebagai asas dalam melahirkan masyarakat yang berilmu, berakhlak serta bertanggungjawab.
Beliau turut memberi perhatian terhadap peranan setiap individu dalam membudayakan nilai-nilai murni, memperkukuh keharmonian masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan negara yang sejahtera.
Penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa pembinaan negara yang maju bukan sahaja bergantung kepada pembangunan fizikal, malah perlu disokong dengan pembentukan adab, akhlak dan nilai insaniah yang tinggi.



KOMEN