SEBERANG JAYA – Singgah Menyantuni pesakit, bertanya khabar dan berkongsi sedikit sumbangan.
Itulah yang dilakukan YADIM Negeri Pulau Pinang menerusi Program Ziarah Kasih Pesakit di Hospital Seberang Jaya pada 17 November, bersempena Program Dakwah Negara 2026.
Program ini diketuai Pengarah YADIM Negeri Pulau Pinang, Ustaz Mohamad Fadzil Alias, yang turut menyampaikan 60 bakul buah-buahan kepada pesakit di Wad 7B1 dan Wad 7B2.
Kunjungan dengan kerjasama pihak hospital ini merupakan antara usaha YADIM mendekati masyarakat melalui pendekatan dakwah bil hal, di samping menyemai nilai keprihatinan dan kasih sayang.
Hadir menjayakan program ialah Pengarah Hospital Seberang Jaya, Dr. Shameni Sunasundram, wakil Bahagian Perhubungan Awam Hospital Seberang Jaya, Encik Jeffry bersama pegawai YADIM Negeri Pulau Pinang, Cik Intan Basirah Basir, Encik Muhammad Akmal Suhaimi, Encik Mohamad Asyraf Shahidan serta tiga anggota Sukarelawan YADIM Pulau Pinang.
Semoga sumbangan kecil ini dapat menceriakan pesakit serta memberi sedikit semangat kepada mereka untuk terus tabah menjalani rawatan.



KOMEN