Home » Langit Terbuka » Adib tenat, mohon doa rakyat Malaysia

Adib tenat, mohon doa rakyat Malaysia

Menurut IJN, selepas menjalankan penilaian menyeluruh, paru-paru Adib didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, justeru menjadikan pertukaran gas tidak berkesan

KUALA LUMPUR – Kesihatan Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah dalam pergaduhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, bulan lalu semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak 24 jam lalu.

Institut Jantung Negara (IJN), dalam kenyataan berhubung perkembangan terkini Muhammad Adib, berkata selepas menjalankan penilaian menyeluruh, paru-paru anggota bomba itu didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, justeru menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.

“Ini adalah akibat daripada kecederaan awal yang teruk pada paru-parunya. Pada masa sama, fungsi buah pinggangnya juga tidak menunjukkan peningkatan di mana beliau terus memerlukan sokongan dialisis,” menurut kenyataan itu.

Berikutan perkembangan itu dan selepas perbincangan pasukan pelbagai disiplin, IJN berkata keputusan dicapai untuk memasukkan semula sistem Veno-Venous ECMO pada jam 9 malam tadi untuk membantu keperluan sistem pernafasannya.

“Muhammad Adib sedang tenat. Berikutan keadaan Muhammad Adib itu, kunjungan ke atasnya dihadkan. Kami menggesa semua rakyat Malaysia terus berdoa supaya Muhammad Adib segera sembuh,” katanya. – Berita Harian

 

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *