Home » Langit Terbuka » Agamawan Islam, Kristian tuntut henti label Islam dengan keganasan

Agamawan Islam, Kristian tuntut henti label Islam dengan keganasan

KAHERAH 2 Mac – Agamawan Islam dan Kristian tersohor di Asia Barat mengeluarkan satu ketetapan dengan menuntut masyarakat dunia supaya tidak lagi mengaitkan Islam dengan keganasan.

Dalam persidangan yang dianjurkan Universiti Al-Azhar di sini semalam, Imam Besar institusi itu, Sheikh Ahmed Tayeb membuat gesaan itu selain menuntut mereka yang mengaitkan Islam dan agama-agama lain dengan keganasan supaya segera berhenti berbuat demikian.

“Menghukum Islam dengan perbuatan jenayah oleh beberapa individu membuka ‘pintu’ kepada masyarakat untuk mengaitkan semua agama dengan keganasan.

“Ini memberi justifikasi kepada hujah puak pelampau kemo­denan iaitu masyarakat tidak memerlukan agama,” katanya.

Persidangan selama dua hari itu dihadiri para mufti dan paderi termasuk pemimpin Katolik Maronit Lebanon, Beshara Rai serta perwakilan gereja dari Amerika Syarikat (AS) dan Britain.

Sementara itu di Geneva, Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Dr. Yousef Al-Othaimeen melahirkan kebimbangan terhadap perkembangan Islamofobia yang merupakan penghinaan kepada hak asasi manusia dan maruah umat Islam.

Katanya, peningkatan kebencian dan pelampau agama terutamanya diskriminasi Islam sudah mencapai suatu tahap membimbangkan.

Tegas beliau, sekatan dan dasar diskriminasi yang dikenakan ke atas umat Islam ketika politik berhaluan kanan semakin meningkat menguatkan naratif Islam terhadap golongan itu.

“Ini merupakan senario menakutkan bagi satu dunia yang tidak bertolak ansur kerana tiada seorang daripada kita mahukan anak-anak tinggal dalam keadaan ini.

“Kita seharusnya memainkan peranan masing-masing dan OIC komited untuk memainkan pe­ranannya,” katanya. – AFP- https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *