Home » Langit Terbuka » Agensi agama bakal laksana Kembara Rahmah dan Pemukiman Rahmah

Agensi agama bakal laksana Kembara Rahmah dan Pemukiman Rahmah

Kluster Dakwah dan Media telah mengadakan satu bengkel gerak kerja pada 15 Julai 2019. di Putrajaya bagi memperincikan perancangan Pelan Intervensi setiap kluster di bawah agensi melalui medium dakwah dan media.

PUTRAJAYA – Kluster Dakwah dan Media di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof telah mengadakan satu bengkel gerak kerja pada 15 Julai 2019. di sini.

Kluster berkenaan dianggotai oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Institut Kefahaman Islam Malaysia dan TV Al-Hijrah.

Kluster yang diketuai oleh YADIM itui telah diwujudkan bagi memperincikan perancangan Pelan Intervensi setiap kluster di bawah agensi melalui medium dakwah dan media.

Objektif bengkel adalah untuk membincangkan gerak kerja bagi melahirkan ikon daie model Malaysia. Di samping menghasilkan program kerjasama antaraagensi-agensi terbabit.

Ketua Pegawai Operasi YADIM, Tuan Kamarul Tuan Soh, dalam kata alu-aluannya, menekankan tentang kepentingan untuk lima agensi ini mencadangkan program utama yang bersandarkan kepada tiga unsur iaitu berimpak tinggi, kos yang efektif dan kesan yang pantas.

Hasil daripada bengkel, bersetuju untuk mengadakan program kerjasama iaitu Kembara Rahmah dan Pemukiman Rahmah yang dijangka akan diadakan pada bulan September. Program ini bersifat program turun ke lapangan, menyantuni masyarakat setempat.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *