Home » Langit Terbuka » ANGKASA nafi asteroid bakal hentam bumi 1 Februari ini

ANGKASA nafi asteroid bakal hentam bumi 1 Februari ini

Agensi Angkasa Negara menjelaskan, dengan pemantauan dan pengiraan semula, kebarangkalian asteroid tersebut menghentam bumi adalah amat kecil dan hampir mustahil. - Foto Daily Express

KUALA LUMPUR: Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) menafikan laporan berita yang mendakwa asteroid bakal menghentam bumi pada 1 Februari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, ANGKASA berkata, asteroid yang dimaksudkan itu diberi gelaran ‘2002NT7’ telah dijumpai Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) pada tahun 2002.

“NASA telah membuat pengiraan berdasarkan teori astronomi bahawa asteroid tersebut akan menghentam bumi pada 1 Februari ini dengan kebarangkalian kurang daripada satu peratus.

“Bagaimanapun, dengan pemantauan dan pengiraan semula, kebarangkalian asteroid tersebut menghentam bumi adalah amat kecil dan hampir mustahil dan ANGKASA juga mengesahkan perkara ini hasil semakan dan penelitian,” kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar tidak bimbang dan tidak terpengaruh dengan berita yang tular dan lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat. – Bernama

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *