Home » Citra Yadim » Anugerah Khidmat Cemerlang YADIM di Putrajaya.

Anugerah Khidmat Cemerlang YADIM di Putrajaya.

PUTRAJAYA – Bertujuan meraikan kakitangan yang melaksanakan tugas dengan dedikasi dan cemerlang, YADIM pada 17 Oktober telah mengadakan program Anugerah Khidmat Cemerlang di Putrajaya.
Seramai 19 kakitangan badan dakwah ini dari seluruh negara menerima anugerah tersebut bagi tahun 2022 yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar.
Para pemenang mengikut kategori anugerah adalah :
Pengarah Kanan :
Encik Kamarul Redzuan Nali (Sektor Kewangan)
Pengarah :
Ustaz Khairrul Fuad Samsuddin (Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita)
Penolong Pengarah :
Puan Haflida Hussain (Sektor Pengurusan)
Ustaz Norisham Hamzah (Sektor Perancangan Strategik dan Media)
Ustaz Zuhri Husain (Pejabat YADIM Kedah dan Perlis)
Ustaz Mohd Khamis Mohamad Sani (Pejabat YADIM Negeri Sembilan)
Penolong Pengarah (DMY) :
Puan Rita Nur Suhaila Redzuan (Sektor Perancangan Strategik dan Media)
Penolong Pegawai :
Puan Nor Syuhada Jamil (Pejabat YADIM Negeri Johor)
Encik Aidi Kusuma Mamat (Pejabat YADIM Negeri Kelantan)
Penolong Tadbir Operasi :
Puan Rohaida Che Man (Pejabat YADIM Negeri Kedah dan Perlis)
Puan Nur Zaharah Othman (Sektor Perancangan Startegik dan Media)
Puan Lina Rosiana Surya (Pejabat YADIM Negeri Sabah)
Encik Muhammad Mahyuddin Sazali (Sektor Pengurusan)
Pembantu Tadbir Operasi :
Encik Faroz Izzuwandy Rozalan (Sektor Pengurusan)
Encik Basri Bacho (Pejabat YADIM Negeri Sabah)
Daie YADIM:
Encik Mohd Alfian Rasiman (Daie Sabah)
Encik Atta Mostapha (Daie Sarawak)
Encik Niaba Abain (Daie Orang Asli)
Encik Abdul rahman Mohd Yusuf (Daie Komuniti)
Turut diraikan dua kakitangan badan ini yang telah lama berkhidmat menerusi Anugerah Jasamu Dikenang iaitu Puan Soffiah Osman dan Cik Aziah Mohd Ali.
Sementara itu, Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dalam ucapannya menggariskan beberapa pencapaian badan dakwah ini yang terkini dan menekankan betapa ia bukan bermakna kakitangan YADIM boleh berpuas hati.
Amanah dalam berdakwah ujarnya wajar ditunaikan dengan sebaiknya.
Dato’ Setia Dr Haji Na’im ketika merasmikan program pula berharap kakitangan YADIM akan terus mengekalkan momentum budaya kerja cemerlang bagi memastikan dakwah sampai kepada golongan sasarannya.
Beliau turut mengingatkan supaya kakitangan YADIM sentiasa fokus dengan tugas dakwah serta membantu kerajaan melaksanakan Aspirasi Malaysi Madani untuk membangun negara.
Kedua Dato’ Setia Dr. Haji Naim dan Datuk Hasanuddin dalam ucapan masing-masing turut menyampaikan solaidariti kepada saudara seagama di Palestin yang kini berdepan tindakan kejam rejim Zionis.
Hadir sama ke program ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Zamri Zainal Abidin serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah badan dakwah ini.
Semoga penyampaian anugerah ini akan terus membakar semangat kepada semua penerima untuk bekerja lebih kuat serta menjadi satu motivasi kepada warga YADIM yang lain untuk meningkatkan kecemerlangan dalam tugas dakwah masing-masing

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *