Home » Langit Terbuka » Arab Saudi diminta bantu aktiviti NGO Islam

Arab Saudi diminta bantu aktiviti NGO Islam

Masyarakat Rohingya memerlukan bantuan daripada umat Islam sejagat. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Arab Saudi pada Ahad diminta supaya turut memberi kerjasama dalam membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam melaksanakan misi bantuan mereka kepada umat Islam.

Menggesa demikian, Pengerusi Pertubuhan NGO Antarabangsa Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, ini penting bagi memartabatkan umat Islam sejagat.

Selain itu, katanya, rakyat Malaysia menerusi NGO juga berperanan membantu masyarakat antarabangsa dalam pelbagai isu.

Menurutnya, rakyat Malaysia tidak kira kaum begitu bermurah hati dan prihatin membantu masyarakat antarabangsa khususnya dalam misi kemanusiaan seperti di Palestin dan Syria serta bantuan kemanusiaan Rohingya di Myanmar.

Beliau bercakap pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Kedutaan Arab Saudi, di sini.

Turut hadir Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussein Saeed Qattan. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *