Home » Langit Terbuka » AS isytihar perang dengan negara Islam dan Arab – Hamas

AS isytihar perang dengan negara Islam dan Arab – Hamas

Remaja Palestin bersama bendera Hamas dalam satu perhimpunan di Gaza.

TEBING BARAT: Penduduk Palestin meluahkan kemarahan susulan laporan Amerika Syarikat akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis dalam masa beberapa bulan lagi.

Palestin menuntut bahagian timur bandar raya itu sebagai ibu negaranya, dan tindakan Presiden Donald Trump turut membangkitkan kemarahan pemimpin politik dan agama Arab seluruh rantau itu.

“Ini langkah yang tidak boleh diterima. Sebarang tindakan sehala tidak memberikan hak kepada sesiapa dan menjadi halangan kepada usaha mewujudkan keamanan di rantau ini,” kata jurucakap Presiden Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rdainah.

Abbas menolak usaha damai Asia Barat diketuai AS sebagai ‘mustahil’ sejak keputusan Trump 6 Disember lalu yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Abu Rdainah berkata, ‘satu-satunya cara mencapai keamanan, keselamatan dan kestabilan’ adalah cadangan Abbas yang disebut dalam ucapannya pada 20 Februari lalu di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, iaitu perlu ada sidang antarabangsa mengadakan semula proses damai dengan Israel, termasuk mekanisme pelbagai hala untuk memantaunya.

Sementara itu di Gaza, pegawai Hamas, Sami Abu Zuhri, berkata: “Memindahkan Kedutaan AS ke Baitulmaqdis adalah perisytiharan perang terhadap negara Arab dan Islam, dan pentadbiran AS perlu menimbang semula langkah itu.”

Pertempuran meletus di Gaza dan Tebing Barat awal semalam, dalam bantahan mingguan terhadap pendirian Trump mengenai Baitulmaqdis. – Reuters

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *