Home » Citra Yadim » Asnaf kalangan nelayan disantuni YADIM Terengganu

Asnaf kalangan nelayan disantuni YADIM Terengganu

SETIU – Komited dengan hasrat menyantuni asnaf daripada kalangan nelayan di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 9 Julai telah turun padang ke daerah ini bagi tujuan itu.

Menerusi program YADIM Peduli : Musa’adah Covid-19 YADIM Terenganu yang diadakan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu dan Persatuan Nelayan Daerah Setiu, seramai 130 keluarga nelayan dari 10 perkampungan menerima bantuan badan dakwah ini.

Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan nelayan di negeri ini yang terkesan dengan musibah Covid-19.

Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Baru Penarik, Kampung Penarik, Kampung Fikri, Kampung Kuala Setiu, Kampung Mangkuk dan Kampung Merang.

Program dimulakan jam 9 pagi di Dewan Nelayan Resort, Persatuan Nelayan Kawasan Rhu 10, Setiu di sini. Seramai 11 keluarga penerima yang hadir di sini menerima sumbangan barangan keperluan asas seperti beras, minyak gula, susu dan lain-lain barangan dapur.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah YADIM Terengganu, Mahadi Awang. Hadir sama ialah, Timbalan Pengarah LKIM Terengganu Khusaimah Husin dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Setiu, Omar Ismail.

Selesai acara di dewan berkenaan, YADIM Terengganu kemudiannya hadir ke rumah rumah asnaf yang dikenalpasti untuk menyampaikan sendiri sumbangan kepada mereka.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *