Home » Langit Terbuka » Asrama terbakar, 17 pelajar tahfiz selamat

Asrama terbakar, 17 pelajar tahfiz selamat

Keadaan Madrasah Tahfiz Al Ridzuan di Kampung Dato' Ahmad Razali, Dengkil yang musnah akibat kebakaran. Foto : Berita Harian

DENGKIL: Solat Zuhur berjemaah bersama penduduk kampung di masjid ‘menyelamatkan’ 17 pelajar Madrasah Tahfiz Al Ridzuan di Kampung Dato’ Ahmad Razali di sini, daripada menjadi mangsa kebakaran balai raya yang dijadikan asrama sementara.

Ketika kejadian jam 1.30 tengah hari tadi itu, mereka berada di Masjid As-Syarif yang terletak dalam kawasan sama dengan balai raya serta bangunan asrama yang sedang dalam pembinaan.

Ketua Kampung Dengkil, Mahmud Bunyamin, berkata kebakaran itu berlaku ketika jemaah lain sudah memulakan solat.

“Pada waktu itu, saya baru masuk ke dalam masjid dan jemaah sedang dalam rakaat pertama. Kemudian, saya terdengar ada kanak-kanak memaklumkan kepada bapanya yang sedang solat bahawa berlaku kebakaran.

“Saya berpaling ke luar dan melihat asap keluar dari tingkap balai raya berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Mahmud berkata, dia lantas pulang ke rumah untuk menghubungi bomba.

“Saya pulang ke rumah terletak di belakang masjid ini dan terus menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya,” katanya. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *