Home » Langit Terbuka » ATM sentiasa terbuka untuk bukan Melayu

ATM sentiasa terbuka untuk bukan Melayu

Timbalan Menteri Pertahanan berkata, semua rakyat boleh sertai ATM untuk rasa bangga dan berkhidmat untuk negara

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa membuka pengambilan untuk individu bukan Melayu.

Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong berkata, selain Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), banyak rejimen dan kor lain yang boleh dianggotai oleh bukan Melayu.

Katanya, isu di sini adalah berkhidmat untuk negara dan bukannya membezakan Melayu dan bukan Melayu.

“Setakat ini, ATM sentiasa ada pengambilan untuk bukan melayu.

“Yang penting adalah semangat Malaysia. Semua rakyat boleh sertai ATM untuk kita semua rasa bangga dan sedia berkhidmat untuk negara,“ katanya sewaktu menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Negara, hari ini. -Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *