Home » Langit Terbuka » Mujahid puji inisiatif Mufti Selangor perluas definisi al-Riqab

Mujahid puji inisiatif Mufti Selangor perluas definisi al-Riqab

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) berkata, al-Riqab yang sebelum ini hanya menfokuskan kepada pengertian hamba abdi yang mahu dimerdekakan kini turut terpakai kepada kelompok seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender yang mempunyai iltizam untuk bebas daripada nafsu songsang

KUALA LUMPUR – Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid dianggap telah melakukan sesuatu yang hebat apabila memperluaskan definisi asnaf al-riqab.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof berkata, al-riqab yang sebelum ini hanya menfokuskan kepada pengertian hamba abdi yang mahu dimerdekakan kini turut terpakai kepada kelompok seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang mempunyai iltizam untuk bebas daripada nafsu songsang.

Beliau berkata, lebih hebat lagi apabila Selangor turut memasukkan enam lagi golongan selain LGBT iaitu gigolo, pelacur, mak nyah, pengkid, tomboy dan bersekedudukan dengan orang bukan Islam.

“Mufti Selangor telah menyebut bahawa golongan ini yang disenaraikan daripada segala pendosa sehingga gigolo pun dimasukkan.

“Saya pun tidak sebut gigolo. Dia (Mohd. Tamyes) lagi hebat,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pembentangan Fiqh Kewarganegaraan Dalam Era Malaysia Baharu di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *