Home » Citra Yadim » Atur program santuni B40

Atur program santuni B40

Sesi taklimat antara SY UiTM Shah Alam dan Timbalan Yang Dipertua YADIM.

PUTRAJAYA – Dalam usaha menyantuni masyarakat, Sahabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SY) disyorkan supaya mengadakan program bersama golongan 40 peratus terendah (B40) di negara ini.

Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin berkata, golongan tersebut serta masyarakat di luar bandar adalah antara kelompok yang berpeluang di santuni oleh SY, sekiranya mereka berhasrat mengadakan program terutamanya yang berbentuk khidmat masyarakat.

“Masyarakat memang akan mengingati sekiranya mahasiswa mengadakan sebarang bentuk program dengan mereka.

“Program program anjuran mahasiswa dengan golongan ini, akan sangat dihargai mereka,” kata beliau dalam pertemuan dengan kepimpinan SY Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di ibu pejabat YADIM di sini hari ini (26 April).

Hadir sama dalam pertemuan itu ialah Penasihat SY UiTM, Puan Syarifah Fadlywati Syed Abdullah, Presiden SY UiTM, Ahmad Amirul Azhan Ramlan serta barisan kepimpinannya.

Turut serta Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda, Puan Normawati Muhammad, Ustaz Muhammad Rasyid Ismail, Nik Mohd Adham Che Zainuddin dan Mohammad Muhibin Mohd Lias.

Mengulas lanjut Zolkharnain berkata, program program yang berbentuk khusus lebih mudah dijalankan, serta mempunyai peluang cerah untuk mengumpul dana sekiranya diperlukan, kerana penyumbang dapat melihat dengan tepat tentang apa yang mahu dilaksanakan.

Beliau memberikan contoh projek Water For Life di Kampung Gayau, Sri Aman di Sarawak anjuran YADIM yang berjaya membekalkan air bersih untuk kira kira 600 orang penduduk di kawasan berkenaan baru baru ini.

“Kita lihat di sini tumpuannya jelas, iaitu untuk bekalkan air bersih, nampak ringkas, tetapi impak dakwahnya cukup besar kerana bekalan air itu dinikmati oleh golongan Muslim dan bukan Muslim,” jelasnya.

Sementara itu dalam sesi pengenalan, Syarifah Fadlywati berkata, SY di UiTM baru sahaja ditubuhkan pada 13 Mac 2018, namun telah berjaya mengumpul keahlian seramai 130 orang.

Pihaknya turut menjangkakan keahlian mereka akan bertambah, melalui penganjuran pelbagai aktiviti yang menarik minat mahasiswa.

“Setakat ini kita sudah adakan sebanyak 13 program, antara yang telah dan akan kita anjur ialah seperti pertandingan paintball dan futsal serta Hijab Day,” jelas beliau.

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *