Kursus pengurusan jenazah di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN)

YADIM Perlis terus menambah rakan strategik dan meluaskan usaha dakwahnya di negeri tersebut menerusi pelbagai pendekatan. Inisiatif terbaharu YADIM Interaktif oleh YADIM Perlis ialah dengan mengadakan kursus pengurusan jenazah untuk warga Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Chabang baru baru ini. Program ini merupakan yang pertama kali diadakan diadakan di pusat tersebut, bertujuan memberikan ilmu […]

Program Cuci-Cuci YADIM di Baling

BANJIR yang melanda beberapa kampung sekitar daerah Baling, Kedah Rabu lalu diibaratkan sama seperti kejadian kepala air yang berlaku Julai tahun lalu. Salah seorang mangsa kejadian, Mashitah Ahmad, 49 memaklumkan, air hujan terlalu deras hingga menghanyutkan kayu balak ke hadapan rumahnya. Pengusaha madu kelulut itu memberitahu, mereka sekeluarga bergegas naik ke bahagian atas rumah untuk […]

Program Gema Selawat di Pondok Al-Islahiyyah, Bachok

LENSA program Gema Selawat di Pondok Al-Islahiyyah, Bachok anjuran YADIM Kelantan dengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dan pondok berkenaan pada 1 Oktober. Pengisian program termasuklah sesi tausiah Cinta Rasul, alunan qasidah dan nasyid, marathon Tausiah Perdana selepas Solat Isya melibatkan lima orang Tok Guru pondok sebelum berakhir dengan alunan selawat beramai-ramai. Hampir 300 pelajar […]

Program Tadabbur Naskhah Sirah Raheeq Al Makhtum

LENSA Program Tadabbur Naskhah Sirah Raheeq Al Makhtum terbitan YADIM pada 30 September. Program anjuran YADIM Terengganu dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Besut ini dihadiri 250 klien pusat pemulihan tersebut. Zamalah YADIM, Ustaz Ahmad Azrul Hisham Mohamad daripada ABIM Besut merupakan penceramah yang dijemput memberi pengisian.

Bantuan banjir di Baling, Kedah

SEBAIK Mengetahui banjir yang melanda Baling, YADIM Kedah dan Perlis segera mengatur usaha bagi membantu mangsa-mangsa bencana tersebut. Selama tiga hari bermula 28 September, YADIM Kedah dan Perlis bersama 50 anggota Rakan Siswa YADIM (RSY) dan 10 Sukarelawan YADIM (SAY) Baling turun padang ke Kampung Hangus dan Kampung Jerai Kupang bagi menyantuni mangsa banjir di […]

YADIM Peduli: Sambutan Maulidur Rasul

YADIM Kelantan pada 1 Oktober menempuh perjalanan selama lebih lima jam dari Kota Bharu bagi menyantuni masyarakat Orang Asli di Kampung Pelug, Pos Tuel, Gua Musang. Meski kepenatan, namun ianya sangat berbaloi menyaksikan masyarakat Orang Asli yang diraikan mereka tersenyum berpuas hati dengan pengisian yang diberikan. Seramai 350 orang penduduk kampung berkenaan dilibatkan YADIM Kelantan […]

Program Young Innovators Challenge

LENSA Program Young Innovators Challenge bertempat di Uitm Cawangan Machang pada 30 September. Program ini merupakan anjuran Chumbaka Sigma Wealth Sdn Bhd dengan kerjasama YADIM Kelantan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan UiTM Machang. Sebanyak 12 sekolah menengah terpilih menghantar peserta yang menunjukkan kreativiti masing-masing dalam bidang reka cipta. Chumbaka Sigma Wealth Sdn Bhd ialah […]

Gabungan Sukarelawan YADIM Kapar dan muslimah Quran dinobat naib juara sepanduk tercantik

Sukarelawan Yadim Kapar (SAY Kapar) yang sentiasa bergerak secara kerjasama dengan lain-lain entiti istiqamah meneruskan inisiatif dengan bergabung bersama Gabungan Muslimah Al-Quran (GMO) dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Lebih manis lagi SAY KAPAR yang dipimpin oleh Puan Alifah binti Nasiran pengerusinya telah berjaya menjadi Naib Juara Sepanduk Tercantik dalam perarakan ini. Ini seolah-olah mengambil semangat […]

Hari ketiga YADIM di Pesta Buku Antarabangsa Indonesia 2023

SEKITAR Hari ketiga YADIM di Pesta Buku Antarabangsa Indonesia 2023. Bersama delegasi Malaysia, YADIM berkunjung ke salah satu penerbit dan syarikat media penerbitan utama di Indonesia iaitu Kompas Gramedia Group pada 29 September. YADIM bersama delegasi Malaysia yang lain menyaksikan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia ITBM menandatangani Memorandum Persefahaman penerbitan bersama Kompas Gramedia Group Ketika […]

Kunjung hormat NGO Humanitarian Care Malaysia Berhad (My Care) ke YADIM

SEKITAR Kunjung hormat rakan badan bukan kerajaan (NGO) Humanitarian Care Malaysia Berhad (My Care) ke YADIM pada 29 September. Dalam kunjungan kepada Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus itu, My Care membincangkan cadangan kerjasama dengan YADIM dalam isu kemanusian lokal dan global menggunakan kekuatan masing-masing. Perbincangan turut berkait tentang bagaimana membangun dan mengatasi isu […]