Kunjung hormat NGO Humanitarian Care Malaysia Berhad (My Care) ke YADIM

SEKITAR Kunjung hormat rakan badan bukan kerajaan (NGO) Humanitarian Care Malaysia Berhad (My Care) ke YADIM pada 29 September. Dalam kunjungan kepada Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus itu, My Care membincangkan cadangan kerjasama dengan YADIM dalam isu kemanusian lokal dan global menggunakan kekuatan masing-masing. Perbincangan turut berkait tentang bagaimana membangun dan mengatasi isu […]

Kontinjen YADIM ke Majlis Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM)

BERTANDING Dengan semangat juara! Kontinjen YADIM ke Majlis Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) menerima amanat daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Zamri Zainal Abidin dalam satu acara ringkas pada 29 September. Beliau berpesan agar semua atlet YADIM menjadikan IJPAM sebagai medan juang permainan serta medan merealisasikan perpaduan asas Malaysia Madani. Kalah menang sudah jadi […]

Sesi Indonesia Right Fair (IRF)

LENSA Hari kedua YADIM di Pesta Buku Antarabangsa Indonesia (IIBF) 2023. Antara yang berlangsung pada 28 September ini ialah Wawancara Sofa Putih Nusantara ‘Mengangkat Peradaban dan Pemikiran Ilmu Nusantara’ bertempat di Panggung Utama IIBF 2023. Seterusnya yang ditunggu tunggu sudah tentu sesi Indonesia Right Fair (IRF) bagi tujuan membeli dan menjual hak cipta bersama penerbit-penerbit […]

Bengkel Kepentingan Pengurusan Pusaka

PELATIH Akademi Daie Muda YADIM 2023 telah mengikut Bengkel Kepentingan Pengurusan Pusaka yang disampaikan oleh penceramah jemputan Encik Syed Aidid, Eksekutif Pembangunan Perniagaan daripada MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB). Melalui perkongsian pada 27 dan 28 September ini para pelatih dapat mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan perkhidmatan wasiat dan pengurusan harta pusaka kepada ahli keluarga dan masyarakat. […]

YADIM menang perarakan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1445H

KONTINJEN YADIM mengungguli perarakan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1445H tahun ini sekali gus menjuarai kategori Jabatan Perdana Menteri. Dengan markah 85.5 peratus, YADIM mengatasi 25 lagi kontinjen dalam perarakan tersebut. Segak dan jelita berbaju Melayu dan kebarung berwarna biru, kontinjen YADIM seramai 37 orang hadir sebelum jam 6 pagi di Pusat Konvensyen Antarabangsa […]

YADIM menyertai Pesta Buku Antarabangsa Indonesia 2023

KERANA Bangsa yang membaca adalah bangsa berjaya. Menerusi penyertaan dalam Pesta Buku Antarabangsa Indonesia 2023, YADIM berhasrat menunjukkan keberadaan serius dalam melaksanakan dakwah menerusi penerbitan dan pendidikan. Badan dakwah ini merupakan antara 25 agensi daripada Malaysia yang menyertai pesta buku yang berlangsung pada 27 September hingga 1 Oktober di Pusat Konvensyen Indonesia, Tangerang. Rakan-rakan agensi […]

Program Aspirasi Belia Madani

LENSA Program Aspirasi Belia Madani anjuran YADIM Terengganu di Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai pada 26 September. Seramai 300 pelatih mengikuti pengisian disampaikan Zamalah YADIM, Ustaz Ahmad Burhanuddin Abd Rahman. Program sempena Maulidur Rasul ini bertujuan mendekatkan golongan muda dengan ilmu menuju Malaysia Madani disamping menerapkan nilai-nilai murni menurut perspektif Islam.

Program Dakwah Santai Menu Rahmah

TANPA Mengira latar belakang agama, kaum dan keturunan, YADIM Terengganu pada 25 September menyantuni seramai 60 orang golongan B40 pada 25 September. Program Dakwah Santai Menu Rahmah Bersama Komuniti di Kolej Vokasional Dungun ini, dianjurkan YADIM Terengganu dengan kerjasama Pejabat Perpaduan Daerah Dungun dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Batu 6 Dungun. Pengisian program termasuklah ceramah […]

Kunjungan YADIM dan delegasi Malaysia ke Perpustakaan Nasional Indonesia

LENSA Sekitar kunjungan YADIM dan delegasi Malaysia ke Perpustakaan Nasional Indonesia (PERPUSNAS) di Jakarta pada 26 September. Kunjungan delegasi seramai 53 orang ini adalah sempena Pesta Buku Antarabangsa Indonesia yang berlangsung pada 27 September hingga 1 Oktober ini. Agenda utama kunjungan ialah sesi menandatangani perjanjian antara PERPUSNAS dengan Perpustakaan Selangor, yang disaksikan Menteri Besar Selangor, […]

IBQ Learning Centre Rumah Ngaji @ Madarasah YADIM

IBQ Learning Centre Rumah Ngaji @ Madarasah YADIM di Kampung Permatang Haji Hassan, Kepala Batas menjadi tumpuan penduduk untuk mendekati dan mendalami pengajian Al-Quran. Justeru, YADIM Pulau Pinang terus menganjurkan program – program keagamaan terutamanya kepada Saudara Kita (mualaf) dengan memberi pendidikan Al Quran dan pemantapan Fardu Ain. Kelas bersiri setiap Sabtu minggu pertama dan […]