Mahrajan Al-Quran & Ihtifal Lughawi Sekolah-Sekolah Pasir Mas

PASIR MAS – Sebanyak 20 sekolah menengah dan 39 sekolah rendah menyertai Mahrajan Al-Quran & Ihtifal Lughawi Sekolah-Sekolah anjuran bersama YADIM Kelantan dengan Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas pada 26 Julai. Hasil bilangan penyertaan yang sangat baik itu, program peringkat Pejabat Pendidikan Pasir Mas ini lantas menarik tajaan daripada pihak seperti Vita […]

Santuni penghuni Penjara Alor Setar

KOMUNITI Penjara terus diberi perhatian dan disantuni YADIM, sesuai dengan inisiatif melestari gerakan dakwah yang dilaksanakan tanpa mengira latar belakang golongan sasaran. YADIM Kedah dan Perlis pada 26 Julai telah menyantuni penghuni Penjara Alor Setar menerusi program YADIM Interaktif yang melibatkan 180 penghuni lelakinya. Pengisian disampaikan oleh panel penceramah YADIM Kedah, Ustaz Firdaus Che Rush […]

Halaqah bersama SAY Sungai Petani

SUNGAI PETANI – Telah diadakan Halaqah Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus bersama Sukarelawan YADIM (SAY) Sungai Petani pada 25 Julai. Seramai 50 anggota SAY Sungai Petani hadir ke majlis ilmu ini, yang diadakan di Pusat Gerakan SAY Sungai Petani, Taman Baiduri. SAY Sungai Petani turut mengambil kesempatan ini untuk berbincang mengenai perancangan program […]

Wacana Malaysia Madani Bersama NGO Kedah

BAGI Memberi kefahaman yang mendalam mengenai Aspirasi Malaysia Madani di Kedah, YADIM dengan kerjasama rakan badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Rakyat Aman (SUARA) menganjurkan program Wacana Malaysia Madani Bersama NGO Kedah pada 25 Julai. Program di Alor Setar itu dihadiri 150 wakil NGO dari seluruh Kedah. Menariknya, seramai 20 wakil NGO bukan Islam […]

Seminar Keluarga Mawaddah dan Memperkasakan Lelaki Qawwam

ANGGOTA Angkatan Tentera Malaysia di seluruh negara turut disantuni YADIM menerusi pelbagai pendekatan termasuk kerohanian. Justeru, selaras dengan hasrat kerajaan memperkasakan lelaki qawwam, Bahagian Penyelarasan NGO YADIM bekerjasama dengan Markas Divisyen Pertama Infantri Kuching, Sarawak mengadakan Seminar Keluarga Mawaddah dan Memperkasakan Lelaki Qawwam pada 25 Julai. Pegawai dan anggota beserta isteri masing-masing seramai 158 orang […]

MCMC perlu pantas turunkan kandungan berunsur ajaran sesat

Putrajaya: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) perlu menggunakan kuasanya untuk bertindak pantas menurunkan kandungan berunsur ajaran sesat yang difatwakan haram di media sosial, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar “Masalahnya media sosial (cepat tular), semoga dengan adanya fatwa (haram) ini, MCMC bertindak cepat dengan kuasa yang ada […]

Tegakkan Islam dengan ilmu, bukan jeritan – Anwar

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan syiar Islam boleh ditegakkan menerusi persiapan ilmu dan amal, bukan semata-mata dengan semangat jeritan. Perdana Menteri berkata, persiapan ilmu juga penting bagi mengelak ketegangan panas dan ‘tajam’ dalam masyarakat. Beliau turut mengingatkan tradisi Islam di bawah junjungan besar Nabi Muhammad SAW itu lengkap dengan persiapan pengetahuan dan pembelajaran, sebelum […]

Majlis Perasmian & Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan.

ALHAMDULILLAH…. Majlis majlis ilmu yang kini semakin kerap dianjurkan di Putrajaya kekal mendapat sambutan sangat menggalakkan. Malam ini di Masjid Putra Putrajaya, dianggarkan lebih 3,000 orang memenuhi Majlis Perasmian & Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan. Disempurnakan oleh Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, ia merupakan anjuran bersama YADIM, Jabatan […]

Malaysia bakal jadi transit pelancong Muslim dari Asean

Hulu Langat: Malaysia bakal menjadi transit bagi pelancong Muslim dari China, Korea, Jepun dan negara Asean lain menerusi program Kembara Madani. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, sebagai permulaan kumpulan pertama program itu akan disertai 80 pelancong yang akan menginap di Institut Latihan Dakwah (Indah) Yayasan Dakwah […]

The 1975 biadap di Malaysia, perlu tindakan tegas

Hulu Langat: Tindakan lebih tegas perlu diambil terhadap penganjur Good Vibes Festival 2023 susulan perbuatan biadap ahli kumpulan muzik antarabangsa, The 1975 yang bertentangan dengan budaya ketimuran dan agama diamalkan Malaysia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, tindakan ahli kumpulan itu membuat aksi kurang sopan dan mabuk […]